Friday, November 14, 2008

PErcayakah Anda Tentang Cerita ini..Sama-sama kita renungkan

Ust.Harun Din .. korang kenal kan?? dlm ceramah dia,ade mmbace sbuah artkel yg mncritakan bhw dunia ni da nk kiamt ... planet mrikh (planet ke4 n plg dekat ngan bumi) tlh mngalami psingn yg tbalik pd bln sept lpas. maknenye ... planet yg dkat dgnnye jgak (bumi la) akan brtukar arah prgerakan dia gak. maka pd saat tu akn terjadi kjadian mthari tggelam sblah timur. (tnda2 bsar kiamt)...ingat, matahari terbit sbelah barat, pintu taubat da ditutup. x de harapan daa laa!! maklumat ni gak tlh dhentikan pnyebrannya oleh NASA krna akn mnguntungkan pihak islam. tolong sebarkan ye tuk kmaslhtn kiter bersama... wassalam (sebar la bnde nih wehh smentara ade mase)

untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet jupiter( musytari). dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan o NASA. bulan mei 2009 nanti planet ini akan jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..so sama2 kita nantikan...
mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan)

AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana(rujuk paper bulan februari, kosmo, BH n lain2)

untuk rujukan penuh sila cari kat mana2 web tentang NIBIRU or video kat youtube(nak forward besar sgt)..benarlah kata2 RASULULLAH satu ari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku dimana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umat islam...ALLAHHUA K BAR
lain-lain artikel tentang kiamat.....
Kajian....ALLAH je mengetahui.. ..
Assalamualaikum .....

* a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500
tahun... sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah.... daripada ini kita
ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..
Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066...

* b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke
bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014.
Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...
Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi...
Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi..
Dan planet ini lebih besar daripada bumi...
Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.....

* c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007....
Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan
semula Nabi Isa..... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun
dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..
Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062...
Dianggarkan Bumi Akan K iamat Antara Tahun 2062-2066...

* Wallahu'alam. .. Semua ini telah dikaji...
Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan
bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...
K ita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun...
Cubalah anda kirakan sendiri...

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara
berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini.. Dan jangan tunggu artikel
seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak
kita kecil lagi. K iamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj
yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh
Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang
jangan risaula....aman dunia akhirat..sama- sama kita doakan
kesejahteraan untuk semua umat Islam..

Wednesday, November 12, 2008

cian tul ....

hari niee aku pi temankan kal long aku amek result UPSR anak dia..merangkap anak buah ler...
samapai di sana..ramai gak parent standby result anak2 diorg termasuklah kak long aku...
bila dapat keputusan..madihah(didi) menangis sbb kecewa tak dapat target yg dia nak ..kesian gak tgk anak buah aku....sugul jerr..selama nie dia belajar sungguh2 ..time percubaan dulu dapat 5A..bila real dapat 2A 3B...tak meraung anak buah aku..sampaikan taknak ckp ngan bapak dia...hurmmm..kesian..tak dapat terima kenyataan..tapi aku respect kt dia..sbb dia usaha sendiri tanpa pergi tuisyen,study ngan kengkawan..hanya duk umah sorg ..blajar sendiri..kiranya anak buah aku nie boleh berfikir sendiri...
tapi aku gembira gak tgk anak buah aku berjaya...
harap suatu hari nanti dia boleh mengegar dunia...
hehehehehe...

Monday, November 10, 2008

hadoiyaiiii...

hari nie aku dalam keadaan binggung...macam2 aku fikir sekarang nie..aku fikir projek aku tak siap lagii..still pending ..aku tak suka laa keje remeh temeh dijadikan masalah besar dalam kerja aku nie...byk lagi aku nak buat..target dah ada...hurmmm
cerita tiga hari yg lepas pun still dalam ingatanku..baru2 nie aku pergi ke penang..tenangkan fikiran..tetiba lak aku leh pergi seorg diri..kekadang ilang akal gak aku time tu..maklum laa jiwa kaco..nak luahkan pun segan...hurmmm..tapi bila aku di penang ..aku dah dapat dan buat keputusan yg terbaik utk diriku dan org di sekeliling ku...rasa nak juga kberhijrah ke penang..tapi belom dapat pekerjaan lagi..ader org dah offer..tinggal satu perkara jerr..restu dari ayah aku..
hurmmm..wish me luck

Wednesday, November 5, 2008

HARI SEDIHKU

Salam.....
hari ini 06/11/2008 adalah hari lahir Arwah ibuku...
patut la aku rasa murung sahaja time nie..
blurr..tak tau nak wat aper
kakak aku hantar sms ringkas padaku
mlam nie ramai2 balik umah
baca yasin ramai2 tuk mengennagkan Arwah ibuku..
teringat balik peristiwa antara aku dan ibuku dulu..
biarlah kenangan ini akan ku abadikan

Al- Fatihah..............

moga Roh Ibuku aman dan tenteram

Amin

KISAH TAK SEMPURNA,...Episod One

PENGENALAN DIRIKU (CHAPTER 1)
LOKASI DI KAWASAN KAJANG...


haii....!!!!
nama aku haizan..di lahirkan di atas katil Hospital Kajang pada waktu 11.00 pagi 23hb januari 1981.
aku di besarkan di sebuah kampung tidak jauh dari hospital..lebih kurang 3 kilometer jaraknya dari hospital yg bernama kampung batu 13...
kehidupan aku pada masa itu hanya sederhana..maklumlah..ayahku adalah pekerja am di Jabatan Haiwan..sekarang dah jadi Institut Pengurusan Veterinar...
Aku mempunyai 8 adik beradik yg power termasuk aku.. abad , atan , pesal , hiza , tuty , aku-aai , lily , yoyo....dan mak , abah..
semua adik beradik ku sempurna kecuali aku seorang saya yg TAK SEMPURNA..maklumla...
aku mengidap penyakit jantung berlubang sejak di lahirkan lagi...berita ini aku dapat bila umurku 5 thn...semua abg2 dan adik2 ku diberi sekolah yg mencukupi..tetapi pelajaran aku terbatas...aku tidak sekolah tadika...aku tidak boleh bermain bersama2 rakan aku...aku tidak boleh aktif dalam pelbagai bidang sukan...sebab aku mudah pengsan..jantung ku amat lemah ..hanya duduk di tepi padang dan lihat abang2 ku bermain bola..kang kalau aku join skali..mesti pengsannyer..hurmm ..sedey gak laa aku tak dapat bermain...hanya buku ABC sahaja yg aku pegang ..menghafal dan belajar mengenal huruf dan angka dan hobi pelik aku time tu adalah makan sebuk kopi cap hang tuah..aku tak tau rasa manis sgt kopi tu..hehehe..dekat umah hanya abang aku dan ibuku yg ajar ku...sampai lah aku masuk ke darjah 1 di Sekolah Rendah Jalan Semenyih 2..aku dah mengenal huruf dan angka..time tu jugak aku boleh membaca suratkhabar secara pelan2..aku antara pelajar dari darjah 1 hingga ke darjah 3 pelajar yg cemerlang...3thn berturut dapat no.3..
bangga gak laa famili ku pada waktu itu...sampailah pada tahun 1990..satu kejadian hitam berlaku pada diriku..waktu tu time Hari Raya 3..aku jatuh sakit yg kronik akibat terlebih minum air gas(time raya baru dapat merasa minuman gas)aku terus dihantar ke hospital kajang..di tendang ke Hospital Besar Kuala Lumpur kerana tidak mencukupi keperluan peralatan perubatan jantung..setibanya di HKL,aku di tempatkan di bilik I.C.U..tpt kritikal gak laa time tu...sebab aku mengalami demam yg amat panas sehinggakan aku ( sawan Babi) hurmm ontahlaa..


Sewaktu aku berada di HKL..aku diberi rawatan yg cukup kerana aku adalah pesakit yg lain daripada yg lain ..banyak jugak laa prosuder2 yg aku jalankan seperti amik darah..pergi ex ray..hurmm kalau di ikutkan setebal buku tingkatan 5 exray aku..aper tak nyer ,diorg ingat aku nie alien per..sistem di dalam badan aku terbalik dan kucar kacir..jantung aku sebelah kanan (TAK SEMPURNA)terbalik lak tu ..itu belom ubat lagi..sehari 12 biji sebesar duit 50sen pun ader,empat segi,tiga segi,heksagon..ader gak ubat cecair..naik kelu lidah aku time tu...dah lali dan kelat memanjang lidah nie..semasa aku di HKL..hanya ibuku sahaja yg menemani aku..time tu adik-beradik ku kecil lagi..
abah aku lak berulang alik dari cheras ke kuala lumpur naik bus Foh hup..pernah jugak la abah aku kena pow ..kena raba ngan bapok kt hentian pudu..macam2 dugaan abah aku time lalu di Chow kit ke HKL...banyak jugak laa dugaan dan pengalaman Abah aku...betul2 bertanggungjawab abahku pada famili dia..aku bertuah mendapat ibubapaku begini...bila semua selesai..dalam masa 2 bulan aku menginap di HKL..dah jadi resort pulak..aku diberi layanan yg istimewa..maklum laa kecil lagii..byk gak aku dapat hadiah dari sedara aku..ader jugak doktor terlatih bg hadiah kat aku..sampaikan mak aku jadi mak angkat diorg..kekadang bila lunch..ramai pelatih doktor bertenggek kat katil aku tuk abiskan waktu rehat sebab mak aku nie seorg yg peramah..kalau diikutkan aku nie tinggal nyawa2 ikan jer kalau bedah ..doktor pon ckp kt ibuku hanya 10-20percent jer kalau nak hidup...ibuku menangis dan nak pitam bila dgr keputusan ini...abahku hanya tergamam dan bertawakal jer pada Allah..Dr pun beritahu kalau nak lebih selamat ..kena buat pembedahan di swiss tapi menelan belanja USD 20k!!!..mahal..sampaikan DR yahya awang meminta izin pada ibubapaku tuk merelakan pembedahan itu dijalankan di Malaysia.sebab tu 2 bulan aku di tahan dan pelbagai laporan dibuat..rupa2nya DR yahya awang study kes aku nie(very complicated)..dan yakin dia mampu merawat aku...jadi ibubapaku merelakan Dr yahya awang membedahku dan bertawakal pada Tuhan....

sampai lah waktu aku di bedah..semua doktor terlatih mengiringi aku ke dewan bedah sebab diorg nie syg jugak kat aku..kiranya aku nie org penting jugak la dalam dunia perubatan jantung..aku dibedah di dewan bedah ..diberi bius dan banyak jugak laa wayar masuk ke badanku..time tu aku dah blur dan mamai bila telah di biuskan..
dalam pembedahan tu ..DR YAHYA AWANG telah membedahku bersama2 DR MUSTAPA KAMAL DAN DR perempuan (lupa lak nama dia)..hampir 11 jam badan aku di operate ..jantungku dikeluarkan dari badan aku ..ada dua kumpulan..satu menguruskan dada aku dan satu lagi menguruskan jantungku ..bila dikeluarkan jantungku..aku mengharap pada mesin sahaja..waktu itu aku tidak sedar..bila jantungku dibersihkan dan mengeluarkan darah kotor yg pekat..kiranya Top Overhall laa..dr menjahit dadaku...tidak sampai 30minit.. darah aku bleeding balik.terpancut2 kuar darah di dadaku..cemas gak laa time tu..jahitan dadaku dibuka balik dan mencari punca kenapa darah aku bleeding..sampaikan dr tu wat meeting ringkas kt dalam bilik bedah dalam 1 jam..sambil lihat badan ku yg sedang open(aku macam jadi ujikaji)rupa2nya jantung aku tidak boleh dipindahkan di sebelah kiri..kena di letakkan di sebelah kanan..sebab sistem badanku terbalik(Tetrology Of Fallot) TOF ...dekat 10 jam pembedahan itu dijalankan..dan alhamdulillah berjaya...
menangis jugak laa DR yahya awang bila dah bedah aku sbb kes jantung aku nie berjaya dikawal ..dah byk pengalaman membedah jantung pada semua pesakit tetapi kes aku nie unik sesangat..semasa aku dibedah,kes ini dirakam dan dijadikan arkib perubatan dimana kes aku nia amat berguna antaranya USM,UKM,IJN,pada semua yg belajar ttg jantung..mungkin sebb itu IJN (Institut Jantung Negara) ditubuhkan dan malaysia menjadi terkenal dgn pakar jantung yg ada sekarang nie..kiranya aku adalah manusia yg mempunyai jantung terbalik di sebelah kanan di dunia ini skang..tak der sorang pon yg tau..hanya org2 rapat jer yg tau jantung ku nie..pernah ader dulu..tapi dah arwah...hehehe...Selepas aku di bedah..seprti biasa aku ditempatkan di Wad ICU.selama 2 bulan..lepas tu aku baru start nak belajar berjalan..kena amik terapi...kiranya aku menghabiskan waktu darjah 5 di hospital jer..seksa jugak la aku time tu...banyak wayar didalam dan di luar badan aku..bila di exray..macam gelong wayar lory trellar pun ader..seram gak aku bila tgk..mak aku siap pengsan lak tu bila tgk dalam badan anak dia macam terminator (kiranya diri aku nie TIDAK SEMPURNA)

Pemimpin yg di segani...

Tan Sri Dato' Dr Yahya Bin Awang MBBS 1974
Cardiothoracic Surgeon

One of the Colombo Plan Scholars, Yahya Bin Awang graduated from Monash University with a MBBS in 1974. In 1980 he was made a Fellow of the Royal College of Surgeons and Physicians of Glasgow (FRCS).

Moving to London in 1981, he worked as Surgical Registrar in the Department of Cardiothoracic Surgery at Brampton Hospital before returning to Malaysia to take up the role of Cardiothoracic Surgeon at General Hospital in Kuala Lumpur. In 1985, he was appointed Head and Senior Consultant Cardiothoracic Surgeon at General Hospital.

From 1992 until 2002, Tan Sri Dato' Dr Awang held the position of Head and Senior Consultant Cardiothoracic Surgeon at Malaysia's National Heart Institute. And from 1998 until 2002, he was also Medical Director of that Institute.

His many professional achievements include performing open heart surgery on Prime Minister Dr. Mahathir Mohammad in 1989; pioneering the establishment of The National Heart Institute of Malaysia in 1992; and performing the first heart transplant in Malaysia in 1998.

Tan Sri Dato' Dr Awang is author of many scholarly and professional articles and has made numerous presentations to professional audiences.

Today, he is Consultant Cardiothoracic Surgeon at Damansara Heart Centre, Damansara Specialist Hospital in Selangor, Malaysia. He is also chairman of the National Transplant Registry and a council member of the Association of Thoracic and Cardiovascular Surgeons of Asia.

Thursday, September 25, 2008

Cerita ttg CINTA yang sejati

Alkisah di suatu pulau kecil, ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Mereka hidup saling melengkapi. Suatu ketika, datang badai menghempas pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.
CINTA tak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia mencuba mencari pertolongan. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu. "KEKAYAAN tolong aku!" teriak CINTA. "Maaf,CINTA!" kata KEKAYAAN. "Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu, nanti perahu ini tenggelam." Lalu KEKAYAAN pergi meninggalkan CINTA.
CINTA sedih sekali, kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya. "KEGEMBIRAAN! Tolong aku!" Teriak cinta. Namun KEGEMBIRAAN tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lalu pula KECANTIKAN.
"KECANTIKAN! Bawalah aku bersama mu !" Teriak CINTA. Lalu apa jawab KECANTIKAN, "Wah, CINTA , kamu basah dan kotor. Nanti kamu mengotori perahuku ini."sahut KECANTIKAN.
CINTA mulai menangis teresak-esak. Mengapa semua orang mekupakan aku. Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu Cinta memelas, "Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu," kata CINTA. Lalu apa kata kesedihan, "Maaf CINTA , Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja....,"
CINTA putus asa. Ia merasakan air semakin naik dan akan menenggelamkannya. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya. oh tuhan tolonglah aku,apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA?????
Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara,"CINTA! Mari cepat naik perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihatseorang tua berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkanya.
Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera meninggalkannya. CINTA sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu. " Oh, Dia adalah "WAKTU," kata orang itu. Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkan ku? Aku tak mengenalinya,bahkan teman-teman yang mengenaliku pun enggan menolangku ", tanya CINTA hairan. "Sebab," kata orang itu,"hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu........."

Hidup ini penuh dengan keraguan

Mencari ilham dengan cubaan

walaupun ku mampu menewaskan

namun aku tidak terdaya dengan keadaan

jalan ini penuh onak dan dugaan

namun ku redah semak yang berduri

walaupun aku terjatuh tersungkur

aku tetap bangun dan berkorban

oh ibu…oh ayah

aku berterima kasih

dari pemberian mu

dari kecil hingga ku dewasa

dan ku doakan mu

semoga hidup dalam kebahgiaan

aku tetap aku

dengan semangatku yang kecil

mencari kepastian dan kebebasan

aku tidak pedulikan tentang keadaan

aku tidak mengalah

tidak getar dan takut

Aku mahu kebebasan……..

Perjalanan seorang Musafir

Aku hitung hari-hari..menunggu masa bila terjadi..apalah salahku hendak begini..menunggu cinta sufi yang suci …

Benarkah apa yg berlaku pada diriku ini ada hikmahnya…benarkah apa yang aku alami sekarang berpunca pada diri ku…atau syahadahku menjadi begini …

aku bukannya orang berada..aku bukannya ahli yg berilmu..aku bukannya mempunyai wajah yg cantik…aku adalah aku..mencari identiti sendiri..bukan senang nak jadi orang..dn bukan susah nak jadi orang-orang…hmmm…susah nak uraikan ..susah nak ungkapkan ..

kadang2 dugaan Dari Allah menyiksakan..kadang2 aper yg kite rancang semua gagal..mungkin ini disebabkan oleh kelalaian ku sendiri…mungkin….

sekarang aku nak mencari dimana hakiki ku..dimana jiwaku yg hilang…dimana semangatku pergi..dimana ilmu madinahku…dan yg penting dimana asalku…

aper tujuan ku hidup dimuka bumi nie..tuk dijadikan khalifah atau dijadikan hambag ditindas dalam pelbagai bentuk mukhamat atau mutashabihat???!!!

entahlaaa…apa2pun yg penting aku lakukan yg terbaik..lebih dari apa yg mampu ku lakukan…dan bertawakal kepada Allah agar dapat pengampunan dan diredhai Allah….

Wednesday, September 24, 2008

Bila Allah cepat makbulkanDoamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA InginMengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yanglebih Bai k Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam ApaJua Keadaan Pun… Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.." Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa Danhantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesananpendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidakmenghantar pesanan ini, bermakna anda sudah mula melupakan kawan-kawan anda.Ambillah sedikit masa Dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorangatau mungkin mengubah hidup mereka