LOKASI DI KAWASAN KAJANG...
haii....!!!!
nama aku haizan..di lahirkan di atas katil Hospital Kajang pada waktu 11.00 pagi 23hb januari 1981.
aku di besarkan di sebuah kampung tidak jauh dari hospital..lebih kurang 3 kilometer jaraknya dari hospital yg bernama kampung batu 13...
kehidupan aku pada masa itu hanya sederhana..maklumlah..ayahku adalah pekerja am di Jabatan Haiwan..sekarang dah jadi Institut Pengurusan Veterinar...
Aku mempunyai 8 adik beradik yg power termasuk aku.. abad , atan , pesal , hiza , tuty , aku-aai , lily , yoyo....dan mak , abah..
semua adik beradik ku sempurna kecuali aku seorang saya yg TAK SEMPURNA..maklumla...
aku mengidap penyakit jantung berlubang sejak di lahirkan lagi...berita ini aku dapat bila umurku 5 thn...semua abg2 dan adik2 ku diberi sekolah yg mencukupi..tetapi pelajaran aku terbatas...aku tidak sekolah tadika...aku tidak boleh bermain bersama2 rakan aku...aku tidak boleh aktif dalam pelbagai bidang sukan...sebab aku mudah pengsan..jantung ku amat lemah ..hanya duduk di tepi padang dan lihat abang2 ku bermain bola..kang kalau aku join skali..mesti pengsannyer..hurmm ..sedey gak laa aku tak dapat bermain...hanya buku ABC sahaja yg aku pegang ..menghafal dan belajar mengenal huruf dan angka dan hobi pelik aku time tu adalah makan sebuk kopi cap hang tuah..aku tak tau rasa manis sgt kopi tu..hehehe..dekat umah hanya abang aku dan ibuku yg ajar ku...sampai lah aku masuk ke darjah 1 di Sekolah Rendah Jalan Semenyih 2..aku dah mengenal huruf dan angka..time tu jugak aku boleh membaca suratkhabar secara pelan2..aku antara pelajar dari darjah 1 hingga ke darjah 3 pelajar yg cemerlang...3thn berturut dapat no.3..
bangga gak laa famili ku pada waktu itu...sampailah pada tahun 1990..satu kejadian hitam berlaku pada diriku..waktu tu time Hari Raya 3..aku jatuh sakit yg kronik akibat terlebih minum air gas(time raya baru dapat merasa minuman gas)aku terus dihantar ke hospital kajang..di tendang ke Hospital Besar Kuala Lumpur kerana tidak mencukupi keperluan peralatan perubatan jantung..setibanya di HKL,aku di tempatkan di bilik I.C.U..tpt kritikal gak laa time tu...sebab aku mengalami demam yg amat panas sehinggakan aku ( sawan Babi) hurmm ontahlaa..

Sewaktu aku berada di HKL..aku diberi rawatan yg cukup kerana aku adalah pesakit yg lain daripada yg lain ..banyak jugak laa prosuder2 yg aku jalankan seperti amik darah..pergi ex ray..hurmm kalau di ikutkan setebal buku tingkatan 5 exray aku..aper tak nyer ,diorg ingat aku nie alien per..sistem di dalam badan aku terbalik dan kucar kacir..jantung aku sebelah kanan (TAK SEMPURNA)terbalik lak tu ..itu belom ubat lagi..sehari 12 biji sebesar duit 50sen pun ader,empat segi,tiga segi,heksagon..ader gak ubat cecair..naik kelu lidah aku time tu...dah lali dan kelat memanjang lidah nie..semasa aku di HKL..hanya ibuku sahaja yg menemani aku..time tu adik-beradik ku kecil lagi..
abah aku lak berulang alik dari cheras ke kuala lumpur naik bus Foh hup..pernah jugak la abah aku kena pow ..kena raba ngan bapok kt hentian pudu..macam2 dugaan abah aku time lalu di Chow kit ke HKL...banyak jugak laa dugaan dan pengalaman Abah aku...betul2 bertanggungjawab abahku pada famili dia..aku bertuah mendapat ibubapaku begini...bila semua selesai..dalam masa 2 bulan aku menginap di HKL..dah jadi resort pulak..aku diberi layanan yg istimewa..maklum laa kecil lagii..byk gak aku dapat hadiah dari sedara aku..ader jugak doktor terlatih bg hadiah kat aku..sampaikan mak aku jadi mak angkat diorg..kekadang bila lunch..ramai pelatih doktor bertenggek kat katil aku tuk abiskan waktu rehat sebab mak aku nie seorg yg peramah..kalau diikutkan aku nie tinggal nyawa2 ikan jer kalau bedah ..doktor pon ckp kt ibuku hanya 10-20percent jer kalau nak hidup...ibuku menangis dan nak pitam bila dgr keputusan ini...abahku hanya tergamam dan bertawakal jer pada Allah..Dr pun beritahu kalau nak lebih selamat ..kena buat pembedahan di swiss tapi menelan belanja USD 20k!!!..mahal..sampaikan DR yahya awang meminta izin pada ibubapaku tuk merelakan pembedahan itu dijalankan di Malaysia.sebab tu 2 bulan aku di tahan dan pelbagai laporan dibuat..rupa2nya DR yahya awang study kes aku nie(very complicated)..dan yakin dia mampu merawat aku...jadi ibubapaku merelakan Dr yahya awang membedahku dan bertawakal pada Tuhan....
sampai lah waktu aku di bedah..semua doktor terlatih mengiringi aku ke dewan bedah sebab diorg nie syg jugak kat aku..kiranya aku nie org penting jugak la dalam dunia perubatan jantung..aku dibedah di dewan bedah ..diberi bius dan banyak jugak laa wayar masuk ke badanku..time tu aku dah blur dan mamai bila telah di biuskan..
dalam pembedahan tu ..DR YAHYA AWANG telah membedahku bersama2 DR MUSTAPA KAMAL DAN DR perempuan (lupa lak nama dia)..hampir 11 jam badan aku di operate ..jantungku dikeluarkan dari badan aku ..ada dua kumpulan..satu menguruskan dada aku dan satu lagi menguruskan jantungku ..bila dikeluarkan jantungku..aku mengharap pada mesin sahaja..waktu itu aku tidak sedar..bila jantungku dibersihkan dan mengeluarkan darah kotor yg pekat..kiranya Top Overhall laa..dr menjahit dadaku...tidak sampai 30minit.. darah aku bleeding balik.terpancut2 kuar darah di dadaku..cemas gak laa time tu..jahitan dadaku dibuka balik dan mencari punca kenapa darah aku bleeding..sampaikan dr tu wat meeting ringkas kt dalam bilik bedah dalam 1 jam..sambil lihat badan ku yg sedang open(aku macam jadi ujikaji)rupa2nya jantung aku tidak boleh dipindahkan di sebelah kiri..kena di letakkan di sebelah kanan..sebab sistem badanku terbalik(Tetrology Of Fallot) TOF ...dekat 10 jam pembedahan itu dijalankan..dan alhamdulillah berjaya...
menangis jugak laa DR yahya awang bila dah bedah aku sbb kes jantung aku nie berjaya dikawal ..dah byk pengalaman membedah jantung pada semua pesakit tetapi kes aku nie unik sesangat..semasa aku dibedah,kes ini dirakam dan dijadikan arkib perubatan dimana kes aku nia amat berguna antaranya USM,UKM,IJN,pada semua yg belajar ttg jantung..mungkin sebb itu IJN (Institut Jantung Negara) ditubuhkan dan malaysia menjadi terkenal dgn pakar jantung yg ada sekarang nie..kiranya aku adalah manusia yg mempunyai jantung terbalik di sebelah kanan di dunia ini skang..tak der sorang pon yg tau..hanya org2 rapat jer yg tau jantung ku nie..pernah ader dulu..tapi dah arwah...hehehe...Selepas aku di bedah..seprti biasa aku ditempatkan di Wad ICU.selama 2 bulan..lepas tu aku baru start nak belajar berjalan..kena amik terapi...kiranya aku menghabiskan waktu darjah 5 di hospital jer..seksa jugak la aku time tu...banyak wayar didalam dan di luar badan aku..bila di exray..macam gelong wayar lory trellar pun ader..seram gak aku bila tgk..mak aku siap pengsan lak tu bila tgk dalam badan anak dia macam terminator (kiranya diri aku nie TIDAK SEMPURNA)


No comments:
Post a Comment