' Hak-hak wanita ' ataupun seorang isteri acap kali kita dengari dilaungkan.Ia telah menjelma menjadi penentu agenda pada hal , sehinggakan atas alasan-alasan memperkatakan soal wanita dalam kelompok masyarakat umum telah seolah-olah sukar menunjuk kepada gender apakah pemahaman diiringi tafsiran yang boleh diterima & dipenuhi dari sudut penerimaan.
Namun sebaliknya rata-rata dalam kehidupan masyarakat hari ini seolahnya hampir tiada timbul langsung mempersoalkan ' Hak-hak lelaki '@ Suami kita ' mendengar' ia diperkatakan & diselidiki. Apakah telah sempurna seorang lelaki @ suami itu mendapatkan haknya yang sepatutnya dari seorang wanita @ isteri ? Walhal......
" Sesungguhnya hanya yang menjalankan perlaksanaan tanggungjawab berhak menuntut haknya ".
Wallahualam bissawab.
Seorang wanita pernah datang menemui Baginda (SAW) lalu berkata , & diakhir ucapannya kepada Baginda (SAW) dia bertanya kepada Rasullullah SAW ;
.........' Sedang kami kaum wanita @ isteri , kamilah yang memelihara mereka (lelaki / suami). Kami akan mendapat apa ?.Lalu balas Baginda (SAW) didalam sabdanya (maksudnya), mahfumnya ;
' Tidak pernah aku lihat , dengar , perkataan / pertanyaan sebaik ini '.Tambah Baginda (SAW) lagi ;
' Sampaikanlah kepada setiap kaum wanita yang kamu jumpai ,bahawasanya TAAT kepada suami , MEMENUHI hak-hak suami SAMA pahalanya dengan Jihad. TETAPI SEDIKIT sahaja diantara kamu yang melakukannya '.
(Hadis dari Ibn Abbas)
Kesimpulannya adakah setiap dari dalam diri pasangan kita khususnya wanita @ isteri benar-benar peka , maklum & menyedari tanggungjawab & hak masing-masing dalam erti kata lain tidak ' Buta Hak ' sehinggakan sampai menggaburi hak & kewajipan ?
Jesteru buku ini merupakan titik tolak kepada tapak asas pengetahuan yang ingin dikongsi bersama-sama, BUKAN mencari kelemahan , malah jauh sama sekali buka aib kepada umum.
Ia adalah sebuah buku memperincikan hal bagaimana wanita (isteri) , pengetahuan yang mendalam perihal lelaki @suami dari sudut syariat,fitrah,kemahuan,saintifik,fitrah,hubungan intim,tindakan dsbnya termasuk perkara-perkara yang sukar wanita fahami malah yang jadi lelaki susah terjemahkan namun lelaki sangat-sangat mahu wanita mengetahuinya.Diharap ia membantu kita semua menjawab persoalan-persoalan di dalam jiwa kita semua.InsyaAllah..Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment